NEP perkenal Diamond Home Spring Water System

MICHAEL LIM (kiri) dan Edward Choo pada majlis pelancaran produk baru NEP di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - NEP Holdings (M) Bhd. (NEP) memperkenalkan produk terbarunya, 'Diamond Home Spring Water System' sebagai usaha untuk menguasai pasaran yang lebih besar dalam industri ini.
Presiden kumpulan, Michael Lim berkata, melalui produk tersebut, syarikat bercadang untuk menambah pelanggannya kepada 2 juta isi rumah menjelang 2012 berbanding 600,000 isi rumah pada masa sekarang.
"Kami kini tidak lagi menjual sistem penapisan air tetapi menumpukan usaha kepada penyediaan perkhidmatan kepada pengguna," katanya semasa majlis pelancaran produk itu di sini baru-baru ini.
'Diamond Home Spring Water System' merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna menikmati penggunaan air mineral tanpa had daripada paip mereka dengan kos serendah RM2 sehari.
"Penapis disediakan dengan percuma dan disenggara sepenuhnya selama tiga tahun. Pengguna tidak perlu bimbang tentang perkhidmatan dan penyenggaraan selepas jualan kerana ini semua disediakan oleh NEP," jelas Lim.
No comments:
Post a Comment